
17-20 Julai 2009, Seramai 17 orang (10L+7P) ahli taburascout (52husel) telah mengikuti Kempori Gombak bertempat di Kem Rimba Templer. Dalam kempori tersebut mereka telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti radio amatur, orientering, penjelajahan hutan, halangan tali dan lain-lain lagi. Kesemua ahli taburascout telah berjaya melengkapkan aktiviti bagi memperolehi lencana anugerah kempori. Selain itu mereka juga turut terlibat dalam persembahan bersama ahli-ahli pengakap daripada Hulu Selangor yang lain. Terima kasih diucapkan kepada PPM Gombak atas jemputan yang dibuat.
Tahniah dan terima kasih atas sokongan pengakap 52husel kepada PPM Gombak yang telah menyertai Kempori Gombak 2009. Jumpa lagi di Kempori Gombak 2011 nanti.
ReplyDelete