Saturday, October 25, 2008

Selesai Berkempori

Khamis, 23 Oktober, selesai sudah Kempori Hulu Selangor 2008 di Rock Eco Resort. Syabas kepada ahli-ahli Kumpulan 52 Hulu Selangor yang telah menyertai kempori, dan tahniah kerana telah menjadi kumpulan penyertaan terbanyak (37 orang). Diminta semua peserta kempori untuk mengemaskini buku log bagi tujuan mendapatkan lencana kemajuan yang sepatutnya. Ahli-ahli yang tidak berkesempatan menyertai kempori, harap dapat bertanyakan inforomasi dan ilmu pengakap yang telah diperolehi oleh rakan-rakan sepasukan yang turut dalam kempori tersebut. Dan, tahun depan harap dapat mengikuti kempori dalam daerah mahupu luar daerah. Sekali pengakap, terus berpengakap.

Saturday, October 18, 2008

Latihan Memasak


Jumaat, 17 Oktober, 3.45 petang : Akiviti latihan memasak sebagai persediaan kempori Hulu Selangor dijalankan. 30 ahli yang telah berdaftar untuk kem diagehkan kepada 4 kumpulan. Taklimat keselamatan dan demonstrasi pengunaan dapur gas 'portable', seterusnya menerima arahan untuk mengambil bahan mentah dan memasak hidangan ; nasi putih, tumis sardin dan telur dadar. Aktiviti berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Rancangan memasak nasi dalam buluh ditangguhkan sebab hujan lebat. Tahniah kepada ahli yang terlibat,semoga latihan yang dijalankan dapat membantu dalam kempori nanti.

Thursday, October 16, 2008

Jambori Antarabangsa Johor 2008


Lima orang ahli pengakap kumpulan 52 Hulu Selangor akan menyertai kontinjen Selangor ke JAJ 2008 di Tg Lepas pada 15 - 21 November ini. Ahli pengakap muda tersebut adalah Muhd Adib Ahmad Roslan, Ahmad Azeem Zulkarnain, Fairuz Amanina Bakaruddin, Syahfizan Ali Rahman dan Mohd Arif Kamsani (tiada dalam gambar).Diharapkan kelima-lima mereka akan mendapat penglaman berjambori yang bermakna dan akan dikongsi dengan rakan-rakan setelah mereka selesai mengikut jambori tersebut. Selamat berjambori...

Wednesday, October 8, 2008

Mesyuarat Pelarasan Kempori


Mesyuarat pelarasan aktiviti Kempori Hulu Selangor 2008 telah dijalankan di Rock Eco Resort pada 8 Oktober 2008 (Rabu).Syukur alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang, dan program tersebut akan berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan (21-23 Oktober 2008). Tahniah kepada ahli-ahli pengakap SMKTBR (40 orang) yang telah mendaftar diri untuk menyertai kempori tersebut. Selamat berkempori untuk semua...