Monday, August 23, 2010

Jambori Udara dan Internet APR ke-6/Husel

Pada 6-8 Ogos 2010, PPM Husel telah membuka stesyen radio amatur untuk menyertai Jombori Udara dan Internet APR ke-6. Dalam program tersebut 3 orang ahli taburasacout turut serta dengan diiringi oleh Pn Dayang Norija. Terima kasih kepada PLD husel dan Kelkom Ibu Pejabat kerana telah menyumbangkan bakti kepada ahli-ahli pengakap husel.

Sunday, August 22, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan Unit Beruniform SMK Tabura telah berlangsung pada 6 - 8 Ogos 2010 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Gombak. Peserta terdiri daripada 80 orang ahli unit beruniform dan seramai 16 orang ahli taburascout telah mengikut perkhemahan tersebut dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada AJk perkhemahan dan jurulatih daripada kem tersebut yang telah banyak memberi khidmat sepanjang program tersebut.

Wednesday, August 18, 2010

Kempori Selangor 2010

Kem Rimba Templer, 23-26 Julai 2010 : Empat orang ahli taburascout telah menyertai kontinjen Husel untuk menyertai Kempori Selangor 2010. Dalam program berlangsung 4 hari 3 malam tersebut pelbagai aktiviti kepengakapan telah diikuti bagi melayakan mereka untuk mendapat lencana aktiviti. Terima kasih diucapkan kepada AJk kempori dan Kelana yang bertugas menjaga setiap stesyen dalam aktiviti berpengkalan yang dijalankan.

Tuesday, August 17, 2010

Khidmat Masyarakat

Dua puluh orang ahli taburascout telah bertugas membantu dalam satu majlis perkhahwinan anak Ustz Othman di Jalan Anggerik, Bukit Sentosa. Dalam majlis yang berlangsung sepanjang hari tersebut, mereka telah bertindak sebagai pembantu untuk mengemas dan membersihkan meja, membasuh pinggan-mangkuk dan mengagehkan bunga telor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli yang terlibat.

Sunday, August 15, 2010

Mini Perintis

Projek mini perintis dijalankan dengan membuat jambatan mini. Dalam aktiviti tersebut ahli taburascout dapat melatih kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari. Tahniah dan syabas kepada ahli yang terlibat. Diharapkan dengan adanya latihan yang sebegitu rupa dapat meningkatkan keilmuan dan kemahiran pengakap setiap ahli.

Saturday, June 26, 2010

Latihan Kemahiran - Membina Pintu Gerbang

23 Jun 2010. Satu aktiviti latihan kemahiran ; membuat pintu gerbang dijalankan bagi ahli-ahli taburascout sesi petang. Ahli yang terlibat terdiri daripada pemakai lencana usaha dan maju. Dalam aktiiviti yang dijalankan kemahiran simpulan dan ikatan diberi keutamaan terutamanya ikatan serong dan ikatan seraya. Aktiviti juga merupakan sebagai persiapan perkhemahan patrol lencana usaha dan maju yang akan dijalankan nanti.

Thursday, May 20, 2010

Taburascout di Jambori 1Belia 1Malaysia

Lima orang ahli taburascout telah menyerai kontinjen Hulu Selangor/Selangor ke jambori yang telah dijalankan di Taman Wetland, Putrajaya. Jambori tersebut telah berjaya menghimpunkan lebih 3000 orang ahli pengakap daripada seluruh negara. Syabas diucapkan kepada ahli yang terlibat sepanjang 3 hari 2 malam tersebut. 1 Belia 1 Pengakap 1 Malaysia.

Tuesday, May 18, 2010

Kem Lencana Kemahiran Pengakap

7-9 Mei 2010. Seramai 18 orang ahli taburascout telah menyertai program yang dijalankan di SK Ulu Yam Bharu. Mereka menyertai kem tersebut bagi mendapatkan lencana kemahiaran : jurumasak di khemah dan ahli perkhemahan bagi pengakap muda, dan lencana kemahiran bagi pengakap remaja. Sepanjang perkhemahan tersebut para peserta teh diajarkan kemahiran-kemahiran berdasarkan skema lencana kemahiran pengakap. Syabas dan tahniah diucapkan.

Friday, May 14, 2010

Lawatan Kem Pentarafan Pengakap Raja

01 Mei 2010. Empat orang ahli taburascout telah berpeluang melawat Kem Pentarafan Pengakap Raja yanag berlangsung di Kem Rimba Templer. Di situ mereka berpeluang melihat calon-calon pngakap raja menjalankan aktiviti dan ujian-uijian yang telah ditetapkan. Lawatan tersebut telah banyak memberi manafaat kepada mereka sebagai pesediaan untuk menjalani ujian yang serupa pada masa akan datang.

Sunday, May 2, 2010

Mesyuarat Pelarasan Kem Kemahiran Pengakap

30 April 2010. Satu mesyuarat PLD telah dujalankan di SK Ulu Yam Bharu bagi menyelaraskan tugas dan aktiviti Kem Kemahiran Pengakap (PKK, PM dan PR). Program tersebut akan berlangsung pada 7-9 Mei bertempat di SKUYB. Terima kasih diucapkan kepada ahli PLD yang hadir dan pihak pentadbiran SKUYB kerana telah sudi menjadi tuan rumah dan program yang akan dijalankan nanti.

Kem Pengakap Wanita Negeri Selangor

16-18 April 2010, Empat orang ahli taburascout telah menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita Negeri Selangor yang telah diadakan di SK Putrjaya 2, Presint 11. Pelbagai aktiviti kepengakapan telah dilakukan sepanjang perkhemahan 3H2M tersebut. Mereka telah berjaya mengikuti perkhemahan tersebut bersama-sama 40 orang ahli pengakap Hulu Selangor dan lebih daripada 500 orang ahli pengakap daripada seluruh negeri Selangor.

Tuesday, April 27, 2010

Latihan Mengibarkan Bendera

21 April 2010. Perjumpaan hari Rabu dijalankan dengan mengadakan latihan melipat, mengibarkan dan menurunkan bendera. Ahli-ahli juga diajarkan dari aspek kedudukan bendera bagi majlis-majlis rasmi di peringkat negeri dan kebangsaan. Diharapkan aktiviti yang dijalankan akan menambahkan kemahiran ahli-ahli taburascout dalam istiadat bendera apabila tiba bertugas dalam patrol masing-masing nanti.

Tuesday, April 20, 2010

Kursus Ketua Patrol

2-3 April 2010, Seramai 18 orang ahli taburascout telah menyertai kursus ketua patrol yang telah dijalankan di SMK Kuala Kubu Bharu. Pelbagai aktiviti kepengakapan telah dilalui dengan jayanya. Terima kasih kepada PLD Hulu Selangor kerana telah memberi tunjuk ajar kepada para peserta kursus yang berjumlah lebih daripada 200 orang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan diharapkan akan menjadi ketua patrol yang baik di kumpulan masing-masing.

Monday, April 19, 2010

Kursus Manikayu Pengenalan Hulu Selangor

24 Mac 2010 bertempat di SMK Kuala Kubu Bharu, seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Selangor telah menyertai kursus tersebut. Taburascout telah menghantar 2 orang penolong pemimpin Pn Norfazlinawati dan Cik Kholidah menyertai kursus yang telah dirasmikan oleh YB Mohd Isa Kassim (Adun Batang Kali) Pengerusi Majlis Pengakap daerah Hulu Selangor. Syabas dan tahniah diucapkan...

Saturday, March 6, 2010

Gajet (Tripod)

6 Mac 2010-Aktiviti pengakap untuk ahli tingkatan 2 dijalankan dengan membuat gajet (tripod) bagi mengukuhkan kemahiran simpulan dan ikatan yang dipelajari. Dalam aktiviti yang bermula jam 8.00 -10.00 pagi tersebut, setiap patrol diberi tugasan untuk menyiapkan gajet dalam masa yang ditetapkan. Syabas kepada ahli yang hadir, semuga latihan hari ini akan memantapkan kemahiran pengakap masing-masing.

Thursday, March 4, 2010

Kawad Tongkat

3 Mac 2010-Aktiviti hari Rabu dimulakan dengan istiadat bendera dan seterusnya memperbaharui persetiaan. kelas teori berkaitan dengan kegunaan tongkat, dan juga arahan-arahan yang digunakan dalam kawad tongkat. Latihan praktikal dijalankan dalam patrol masing-masing dengan bantuan ahli-ahli pemakai Lencana Usaha. Perjumpaan ditamatkan dengan isitadat menurunkan bendera, seterusnya bersurai jam 10.00 pagi.

Wednesday, March 3, 2010

Perkhemahan Patrol (Lencana Jaya)

27-28 Februari 2010-Satu perkhemahan untuk melengkapkan Lencana Jaya telah dijalankan di SMK Tabura. Seramai 15 orang ahli (9L+6P) telah terlibat secara langsung dalam perkemahan patrol tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mengikut skema Lencana Jaya. Syabas diucapkan kepada ahli yang terlibat, semoga pengalaman berkhemah 2 siang 1 malam tersebut dapat memantapkan kemahiran pengakap masing-masing.

Monday, February 1, 2010

Aktiviti Hari Rabu

27 Jan 2010. Perjumpaan pengakap muda (sesi petang) diadakan dengan aktiviti mendiri dan menurunkan khemah. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Dimulakan dengan istiadat bendera, dan seterusnya teori berkaitan pemilihan tapak khemah. Kemudian setiap patrol diajarkan cara untuk memasang khemah, setelah selesai mereka juga diminta untuk menurunkan khemah dan belajar cara menyimpan khemah dengan betul. Terima kasih kepada Pn Fazlina, Cik Kholidah dan En Belthazar kerana hadir sepanjang aktiviti berjalan.

Monday, January 25, 2010

Aktiviti Hari Sabtu

Sabtu 23 Jan 2010. Satu perjumpaan pengakap muda telah diadakan bagi mempelajari kemahiran pengakap iaitu simpulan dan ikatan. Ahli-ahli pengakap yang baru telah diajarkan simpulan-sipulan asa, manakala ahli lama belajar membuat simpulan mengikut skema lencana masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada pengakap remaja yang telah datang membantu menjalankan aktiviti pada hari itu.

Thursday, January 21, 2010

Perjumpaan Pertama Tahun 2010

21 Jan 2010 (Rabu). Perjumpaan pertama pasukan pengakap telah dijalankan untuk sesi pagi dan petang. Perjumpaan sesi pagi telah diadakan aktiviti Asas Perbarisan untuk ahli-ahli baru yang diajarkan oleh ahli-ahli yang memakai Lencana Usaha. Perjumpaan sesi petang merupakan perbincangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010. Syabas diucapkan kepada ahli-ahli yang masih kekal dengan pasukan pengakap.."Sekali pengakap, terus berpengakap".