Monday, December 8, 2008

Imbauan Aktiviti Sepanjang 2008

Sepanjang tahun 2008 selain akviti mingguan, beberapa aktiviti besar di peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan telah disertai oleh ahli pengakap 52husel.


Bermula dengan Kursus Ketua Patrol yang dijalankan di SK Seri Keledang, Slim River. Dalam aktiviti tersebut empat (2L+2P) orang ahli pengakap muda telah menyertai kursus sepanjang dua hari satu malam tersebut. Seterusnya seramai 12 (8L+4P) orang pengakap muda telah menyertai Kempori Pengakap Negeri Selangor yang dijalankan di SK Puncak Alam pada 24 - 27 Julai. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti peringkat negeri yang pertama yang disertai oleh 52husel sepanjang penubuhannya.

Seterusnya pada 9-10 Julai, sekali lagi bertempat di SK Seri Keledang, seramai 10 (6L+4P)orang pengakap muda 52husel menyertai Perkhemahan Kembara Hulu Selangor yang bermula di Slim River dan berakhir di SK Seri Keledang. Bagi memberi ruang dan pengalaman berkhemah kepada lebih ramai ahli pengakap, pada 13-15 Julai, satu perkhemahan peringkat sekolah telah dijalankan. Kehadiran para peserta amat menggalakan (73 orang peserta+10 helpers+10 kelana+10 guru) telh hadir, dan aktiviti telah berjalan dengan jayanya.


Pada 25-27 Julai, empat (4P) orang pengakap muda telah menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita Negeri Selangor yang dijalankan di Pusat KoKurikulum Negeri, Kem Sg Tekali, Hulu Langat. Dalam bulan Ogos pula, 20 orang pengakap muda (13L+7P) berpeluang menyertai Majlis Pelancaran Setem 100 tahun PPPM yang bertempat di rumah BP, Jln Hang Jebat, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut Ketua Pengakap Negara telah sudi untuk merakam gambar kenangan bersama kontinjen Hulu Selangor(+52husel).



Aktiviti seterusnya adalah Kempori Hulu Selangor pada 21-23 Oktober, seramai 37 (27L+10P) orang pengakap muda telah turut serta bertempat di Rock Eco Resort Hulu Yam Bharu. Dan, untuk penutup aktiviti tahun 2008, seramai lima (4L+1P) orang pengakap muda telah menyertai kontinjen Negeri Selangor menyertaiJambori Antarabangsa Johor yang dijalankan di Kem Jubli Intan, Tg Labuh, Batu Pahat, Johor.

Secara umumnya pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang telah disertai dan dijayakan oleh ahli pengakap 52husel, dan pada tahun hadapan diharapkan akan dapat meningkatkan lagi aktiviti untuk penglibatan ahli yang lebih ramai. Insyaallah...


Friday, November 21, 2008

Pulang daripada JAJ2008

Selesai sudah JAJ2008: 20 November jam 5.3o petang 5 ahli pengakap 52husel telah pulang dengan selamat. Riuh-rendah cerita mereka tentang keseronokan menyertai jambori, dan tidak ketinggalan memperlihatkan lencana dan 'souvenir' yang dibawa pulang daripada JAJ.

Monday, November 17, 2008

Seketika di Jambori Antarabangsa Johor (JAJ) 2008

16 November 2008 (Sabtu). Satu kunjungan telah dibuat ke JAJ 2008 untuk melawat dan memberi sokongan kepada kontinjen negeri Selangor (dan Hulu Selangor). Syabas kepada semua ahli pengakap yang menyertai JAJ 2008. Semoga dapat mengukuhkan persaudaraan pengakap di antara kita. Mohon maaf kepada 'admin-admin' blog yang berada di sana kerana tidak berkesempatan berkenal mesra. Insyaallah ada ruang dan masa kita akan berjumpa juga.

Saturday, November 15, 2008

Kontinjen Hulu Selangor ke JAJ2008

14 November, jam 3.00 petang, bas membawa peserta jambori kontinjen Hulu Selangor bertolak ke Tg Labuh. Lima orang ahli pengakap muda 52husel (4L+1P) turut serta dalam program tersebut. Berkumpul di SMK Sg Choh, dengan peserta SMK Sg Choh dan SMK Bdr Sg Buaya. Bas tiba daripada Kuala Kubu Bharu di perhentian bas SMK Sg Choh dan bertolak 10 minit kemudian. Seramai 40 orang (36 ahli + 4 pemimpin) menyertai kontinjen negeri Selangor ke Tg Labuh, Batu Pahat, Johor.

Thursday, November 13, 2008

Penyampaian Lencana Kemajuan/Kemahiran

10 Oktober 2008 (Isnin) jam 2.00 petang, satu majlis istiadat penyampaian lencana kemajuan: usaha dan maju, telah dijalankan di Anjung Bunga Raya. Seramai 20 orang ahli pengakap muda telah layak menerima lencana kemajuan dan lencana kemahiran masing-masing (5 maju dan 15 usaha). Sijil dan lencana telah disampaikan oleh En Ahmad Nasir Mohd Salleh yang mewakili tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapakan kepada semua penerima sijil dan lencana. Ahli-ahli lain diharapkan terus berusaha untuk mendapatkan lencana-lencana kemajuan pada tahun hadapan. 

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Kempori Hulu Selangor

Pada 10 Oktober 2008 (Isnin), satu majlis penyampaian sijil kempori telah dijalankan dalam perhimpunan mingguan. Para pelajar yang menyertai kempori tersebut telah menerima sijil daripada En Azhar Hassan (PK Kokurikulum) dan Pn Norziah Itnin (Penyelia Petang) mengikut sesi persekolahan masing-masing. Dalam majlis yang ringkas tersebut, kedua-dua guru penolong kanan tersebut telah berpesan supaya ahli pengakap terus bergiat aktif dalam kokurikulum, dan turut mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Kem RIMUP

Pada 7-8 November (Jumaat & Sabtu), 10 orang ahli pengakap telah berkhimat secara sukarela untuk bertugas sebagai 'helpers' sepanjang kem tersebut berlangsung. Syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat, dan diharapkan budaya suka membantu ini akan terus dipupuk dalam kalangan ahli-ahli pengakap sebagi satu khidmat masyarakat. Terima kasih juga atas jemputan oleh pihak unit kokurikulum untuk tugas-tugas tersebut.

Wednesday, November 5, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun (Gantian)

Hari Isnin - Rabu (3-5 Oktober), budak-budak pengakap yang menyertai Kempori Hulu Selangor menduduki peperiksaan akhir tahun gantian. Peperiksaan tersebut amat penting kerana markah yang diperolehi akan menentukan kedudukan kelas mereka pada tahun hadapan.  Sebanyak 9 kertas yang perlu mereka duduki kerana tertunda disebabkan 3 hari perkhemahan tersebut. Dalam sibuk menyertai aktiviti kokurikulum, akademik jangan dibaikan. dan sebaiknya pencapaian akademik, dan kokurikulum serta sahsiah diri sama cemerlang dan seimbang.

Saturday, October 25, 2008

Selesai Berkempori

Khamis, 23 Oktober, selesai sudah Kempori Hulu Selangor 2008 di Rock Eco Resort. Syabas kepada ahli-ahli Kumpulan 52 Hulu Selangor yang telah menyertai kempori, dan tahniah kerana telah menjadi kumpulan penyertaan terbanyak (37 orang). Diminta semua peserta kempori untuk mengemaskini buku log bagi tujuan mendapatkan lencana kemajuan yang sepatutnya. Ahli-ahli yang tidak berkesempatan menyertai kempori, harap dapat bertanyakan inforomasi dan ilmu pengakap yang telah diperolehi oleh rakan-rakan sepasukan yang turut dalam kempori tersebut. Dan, tahun depan harap dapat mengikuti kempori dalam daerah mahupu luar daerah. Sekali pengakap, terus berpengakap.

Saturday, October 18, 2008

Latihan Memasak


Jumaat, 17 Oktober, 3.45 petang : Akiviti latihan memasak sebagai persediaan kempori Hulu Selangor dijalankan. 30 ahli yang telah berdaftar untuk kem diagehkan kepada 4 kumpulan. Taklimat keselamatan dan demonstrasi pengunaan dapur gas 'portable', seterusnya menerima arahan untuk mengambil bahan mentah dan memasak hidangan ; nasi putih, tumis sardin dan telur dadar. Aktiviti berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Rancangan memasak nasi dalam buluh ditangguhkan sebab hujan lebat. Tahniah kepada ahli yang terlibat,semoga latihan yang dijalankan dapat membantu dalam kempori nanti.

Thursday, October 16, 2008

Jambori Antarabangsa Johor 2008


Lima orang ahli pengakap kumpulan 52 Hulu Selangor akan menyertai kontinjen Selangor ke JAJ 2008 di Tg Lepas pada 15 - 21 November ini. Ahli pengakap muda tersebut adalah Muhd Adib Ahmad Roslan, Ahmad Azeem Zulkarnain, Fairuz Amanina Bakaruddin, Syahfizan Ali Rahman dan Mohd Arif Kamsani (tiada dalam gambar).Diharapkan kelima-lima mereka akan mendapat penglaman berjambori yang bermakna dan akan dikongsi dengan rakan-rakan setelah mereka selesai mengikut jambori tersebut. Selamat berjambori...

Wednesday, October 8, 2008

Mesyuarat Pelarasan Kempori


Mesyuarat pelarasan aktiviti Kempori Hulu Selangor 2008 telah dijalankan di Rock Eco Resort pada 8 Oktober 2008 (Rabu).Syukur alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang, dan program tersebut akan berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan (21-23 Oktober 2008). Tahniah kepada ahli-ahli pengakap SMKTBR (40 orang) yang telah mendaftar diri untuk menyertai kempori tersebut. Selamat berkempori untuk semua...

Thursday, September 25, 2008

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum


Tahniah...syabas kepada pasukan pengakap Kumpulan Ke-52 (SMKTBR) Hulu Selangor kerana telah terpilih sebagai " Pasukan Unit Beruniform Cemerlang " sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SMKTBR 2008. Harap semua ahli akan dapat mengekalkan kecemerlangan ini untuk tahun-tahun hadapan...Cemerlang,Gemilang, Terbilang.

Monday, September 22, 2008

Salam Aidilfitri


Pemimpin-pemimpin dan ahli pengakap Kumpulan Ke-52(SMKTBR1) Hulu Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Aidilfitri disambut dengan selamat, sihat dan sejahtera. Maaf, Zahir dan Batin.

Saturday, September 20, 2008

Kempori Hulu Selangor 2008


Kempori Hulu Selangor akan dijalankan pada 21-23 Oktober 2008 bertempat di Rock Eco Resort, Hulu Yam. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap yang berdaftar tahun 2008.Bayaran sebanyak RM36 untuk pendaftaran, skaf dan lencana perkhemahan termasuk makan untuk hari ke-2 dan ke-3.

Monday, August 18, 2008

Menghidupkan Api / Masakan Rimba



Pada 16 Ogos 2008 (Sabtu) seramai 38 orang ahli pengakap muda telah menjalankan aktiviti menghidupkan api dan memasak roti lilit. Aktiviti merupakan persediaan bagi aktiviti masakan rimba yang lebih mencabar pada minggu-minggu akan datang. Aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan seliaan pemimpin Pn Zakiah dan En Ahmad Niza.

Majlis Pelancaran Setem 100 Tahun Pengakap Malaysia




Pada 14 Ogos 2008 (Khamis), seramai 20 orang ahli pengakap muda SMKTBR1 telah mengikuti program Majlis Pelancaran Setem 100 Tahun Pengakap Malaysia yang diadakan di Rumah BP. Dalam majlis tersebut, ahli pengakap telah sempat beramah mesra dengan Ketua Pengakap Negara Dato` Seri Hj Shafie bin Hj Mohd Salleh.

Membuat Gejet



Aktiviti diadakan pada 2 Ogos 2008 bertempat di kawasan sekolah. Bilangan ahli seramai 41 orang PM + PR terlibat dalam aktiviti tersebut. Aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Ahli pengakap yang hadir mendapat kemahiran baru yang belum pernah dibuat sebelum ini. Terima kasih kepada ahli pengakap yang telah menyediakan kayu-kayu yang digunakan untuk membuat gejet.

Tuesday, August 12, 2008

Perkhemahan Pengakap Wanita Negeri Selangor 2008


Seramai 4 orang ahli Pengakap Muda SMKTBR1 telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Wanita Negeri Selangor 2008 yang diadakan pada 25 - 28 Julai 2008 di Pusat Kokurikulum JPS, Kem Tekali Hulu Langat. Terima kasih kepada jurulatih dan guru pengiring yang banyak memberi bantuan dalam menjalanlan aktiviti.

Perkhemahan Asas / Lencana Usaha



Perkhemahan Asas / Lencana Usaha telah dijalankan pada 11, 12 dan 13 Julai 2008, bertempat di SMK Taman Bunga Raya (1). Seramai 73 orang peserta (PM+PR) telah mengikuti perkhemahan yang dijalankan. Terima kasih kepada Pasukan Kelana SG Choh. pemimpin-pemimpin serta para petugas kerana telah menjayakan perkhemahan ini.Syabas kepada semua ahli yang menghadiri perkhemahan da diharapkan dapat melengkapkan buku log dan boleh dianugerahkan lencana ahli @ lencana usaha.


Saturday, August 9, 2008

Perkhemahan-Mengembara Hulu Selangor 2008


Aktiviti Perkhemahan – Mengembara Hulu Selangor 2008 telah dijalankan pada 9 dan 10 Julai 2008 bermula dari Tasik Slim River ke SK Seri Keledang. Seramai 10 orang ahli pengakap SMKTBR1 (6L+4P) bersama 63 orang pengakap dalam daerah Hulu Selagor terlibat dalam aktiviti yang diadakan. Ucapan terima kasih kepada Pasukan Latihan Daerah (PLD) kerana telah memberikan banyak input yang berguna kepada ahli-ahli pengakap. Ahli pengakap mengembara sejauh 20 km dan memerlukan ahli melaksanakan tugas dan kemahiran tertentu pada setiap 'check point'.

Friday, August 8, 2008

Pelantikan Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol


Majlis pelantikan ketua patrol dan penolog ketua patrol dijalankan pada 23 Jun 2008 (Isnin), semasa perhimpunan rasmi mingguan. Sijil kursus dan kempori juga diserahkan dalam majlis itu. Terima kasih kepada PK Kokurikulum (En Azhar Hassan) kerana telah sudi menyampaikan sijil.

Latihan Mendirikan Khemah


Aktiviti dijalankan pada 21 Jun 2008 (Sabtu), seramai 36 orang ahli pengakap muda turut serta dalam aktiviti tersebut. Aktiviti berjalan dengan lancar.Setiap kumpulan diberikan sebuah khemah dan ahli diminta memasang khemah dengan cara yang betul.Selepas itu, ahli juga diajar untuk membuka dan melipat khemah untuk disimpan.

Kempori Pengakap Negeri Selangor 2008


Kempori Pengakap Negeri Selangor telah berlangsung pada 24 - 27 Mei 2008 bertempat di SK Puncak Alam, Kuala Selangor. Seramai 12 orang ahli pengakap SMKTBR1 telah mengikuti program tersebut. Dua orang ahli pengakap muda telah terpilih mewakili kontinjen Hulu Selangor dalam pertandingan kemahiran pengakap.