Thursday, November 5, 2009

Perkhemahan Lencana Pengakap Muda 2

Hari kedua dalam program tersebut para peserta telah mengikuti aktivit berpengkalan, kembara, program komuniti dan malam pengakap. Terima kasih diucapkan kepada 'band' Kelana Laut Gombak atas kesudian memeriahkan malam pengakap yang dujalankan. Pada malam tersebut juga peserta diminta menghantar buku log masing-masing untuk dinilai bagi melayakkan mereka menerima lecana kemajuan masing-masing.

Wednesday, November 4, 2009

Perkhemahan Lencana Pengakap Muda

30 Okt - 01 Nov 2009, seramai 22 orang (16L 6P) ahli taburascout telah menyertai perkhemahan tersebut yang dijalankan di SM Sains Hulu Selangor (Semashur). Dalam perkhemahan tersebut seramai 8, 3 dan 11 orang ahli taburascout mengejar untuk mendapatkan lencana usaha, maju dan jaya masing-masing. Syabas kepada PLD Hulu selangor kerana telah menjayakan perkhemahan tersebut dengan jayanya.

Thursday, October 15, 2009

Mesyuarat PLD - Kem Lencana Pengakap Muda

14 Oktober, satu mesyuarat PLD telah dijalankan bagi membincangkan program Perkhemahan Lencana Pengakap Muda. Mesyuarat telah menetapkan tarikh 30, 31 Okt dan 1 Nov sebagai hari berlangsung aktiviti bertempat di SM Sains Hulu Selangor (Semashur). Penyertaan terbuka kepada semua ahli Pengakap Muda yang berdaftar, dan bayaran sebanyak RM40 telah ditetapkan (makan, sijil penyertaan dan sijil/lencana kemajuan). 52husel dijangka akan menghantar seramai 20 orang ahli keperkhemahan tersebut.

Thursday, September 3, 2009

Latihan Membuat Plaster Cast

19 0gos 2009 (Rabu) Satu latihan membuat 'plaster cast' telah dijalankan di perkarangan kawasan sekolah. Seramai 40 oarang ahli telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Simen putih digunakan bagi menggantikan 'plaster of paris' dan bingkai yang dibuat menggunakan reja kayu daripada projek KHB murid-murid. Masa yang panjang (4-6 jam) diperlukan untuk memastikan simen yang digunakan kering sepenuhnya.

Wednesday, August 5, 2009

Pengemaskinian Buku Log

5 Ogos 2009 (Rabu). Aktiviti pada hari ini berfokus kepada pengemaskinian buku log dan penerangan cara menulis buku og Lencana Kemajuan(Usaha). Ahli-ahli diminta mengemaskini buku log peribadi dan mengalihkan log aktiviti ke buku log lencana selaras dengan skim latihan Pengakap Muda. Latihan kemahiran berkaitan simpulan dan ikatan juga dijalankan. Terima kasih kepada Pn Chan atas kehadiran beliau untuk memantau aktiviti hari ini.

Monday, August 3, 2009

Latihan Lencana Usaha

1 Ogos (Sabtu), Latihan untuk mendapatkan Lencana Usaha dijalankan sebagai persediaan untuk ujian yang akan dijalankan. Seramai 20 orang ahli yang berminat telah hadir. Mereka telah diajarkan beberapa kemahiran mengikiut skim latihan lencana usaha ; memilih tapak perkhemahan, mendiri dan menurunkan khemah kecil, dan kompas. Terima kasih kepada ahli-ahli pengakap Lencana maju yang telah datang untuk mengajar ahli-ahli yang baru.

Saturday, August 1, 2009

Mesyuarat PLD dan Pemimpin

31Julai (Jumaat), Satu mesyuarat PLD dan pemimpin telah dijalankan bagi menyelaraskan pendaftaran kumpulan masing-masing. Dalam majlis tersebut, kumpulan-kumpulan yang menghadapi masalah dibantu membuat pendaftaran secara 'on-line'. Pasukan PLD sempat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Oktober iaitu perkhemahan lencana Pengakap Muda.

Wednesday, July 22, 2009

Pertolongan Cemas : Balutan Anduh

22 Julai 2009 (Rabu), perjumpaan taburascout (52husel) dijalankan jam 9.00 - 11.00 pagi bertempat di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli hadir. Aktiviti pertolongan cemas; balutan anduh diajarkan kepada ahli baru oleh pengakap lencana maju mengikut stesen. Antara balutan anduh yang dibuat ialah anduh lengan, tangan, kaki, lutut dan kepala. Tahniah kepada ahli yang hadir, sila lengkapkan buku log sebagai persediaan untuk mendapatkan lencana usaha.

Tuesday, July 21, 2009

Kempori Gombak 2009

17-20 Julai 2009, Seramai 17 orang (10L+7P) ahli taburascout (52husel) telah mengikuti Kempori Gombak bertempat di Kem Rimba Templer. Dalam kempori tersebut mereka telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti radio amatur, orientering, penjelajahan hutan, halangan tali dan lain-lain lagi. Kesemua ahli taburascout telah berjaya melengkapkan aktiviti bagi memperolehi lencana anugerah kempori. Selain itu mereka juga turut terlibat dalam persembahan bersama ahli-ahli pengakap daripada Hulu Selangor yang lain. Terima kasih diucapkan kepada PPM Gombak atas jemputan yang dibuat.

Sunday, July 5, 2009

Perkhemahan Lencana PKK

2-4 Julai, satu perkhemahan lencana PKK telah dijalankan di SK Ulu Yam Bharu. Seramai 3 orang ahli taburascout telah bertugas sebagai 'helpers' dalam perkhemahan tersebut. Syabas diucapkan kepada PPM Hulu Selangor kerana telah berjaya melaksanakan program yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua pemimpin dan kelana yang bertugas sepanjang perkhemahan itu.

Friday, July 3, 2009

Perkhemahan Lencana Maju

Pada 27 - 28 Jun 2009, taburascout telah menjalankan satu perkhemahan bagi melengkapkan sukatan lencana maju bagi ahli-ahli yang telah mamakai lencana usaha. Seramai 20 orang (13L+7P) telah mengikuti perkhemahan tersebut dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada Pn Dayang Norija, En Ahmad Nasir dan En Belthazar Ismail yang membantu sepanjang perkhemahan.

Saturday, June 20, 2009

Lencana Ahli Perhutanan

20 Jun (Sabtu); Lanjutan daripada kajian lapangan di FRIM tempohari, satu aktiviti untuk Lencana Ahli Perhutanan dijalankan ; 1-Mengetahui cara memilih kapak, menjaga dan mengetahui peraturan keselamatan berkenaan mengguna dan menyimpan kapak. 2- Menebang sebatang pokok , memotong dahan dan ranting serta menyusun dengan kemas potongan kayu. Seramai 20 orang ahli yang hadir dalam aktiviti yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari bertempat di padang sekolah.

Friday, June 19, 2009

Wakil Taburascout ke Jambori Melaka

Taburascout telah menghantar 2 orang wakil ke Jambori Melaka pada 30 Mei - 04 Jun yang lalu. Syabas diucapkan kepada; 1- Shahmil Iqram (PR), dan 2- Khairul Nizarudin (PM) kerana telah menyertai kontinjen Selangor ke jambori tersebut. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama-sama rakan di 52husel. Kepada ahli-ahli 52husel yang lain, harap bersedia bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang sedemikian pada masa akan datang.

Wednesday, June 17, 2009

Perjumpaan Taburascout - Hari Rabu

17 Jun 2009 (Rabu), Aktiviti mingguan bermula dengan latihan memasang dan menurunkan khemah. Pada awal perjumpaan istiadat bendera dijalankan, dan selepas itu menyalin nota berkaitan dengan memasang khemah dan sterusnya ahli-ahli diajarkan cara memasang khemah oleh ketua-ketua patrol. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah ahli pasukan Pandu Puteri dan Kadet Bomba. Terima kasih kepada Pn Chan yang hadir untuk memantau aktiviti pada hari ini.

Thursday, June 4, 2009

Kembara Hutan di FRIM

Pada 31 Mei (Ahad) seramai 40 orang ahli taburascout-52husel telah mengikuti satu program kembara di Hutan FRIM. Dalam aktiviti tersebut para peserta telah menjalankan aktiviti 1- kembara hutan 2- kajian tumbuhan 3-'canopy walk'. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada kemahiran untuk mendapat lencana ahli perhutanan. Terima kasih kepada pihak FRIM atas kesudian menerima lawatan daripada taburascout-52husel.

Monday, June 1, 2009

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor


30 Mei (Sabtu) bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor. Taburascout telah menghantar 4 orang (2L+2P) ahli untuk menyertai kontinjen Belia Hulu Selangor ke majlis tersebut. Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek telah hadir bagi merasmikan program yang dijalankan pada hari itu.

Mesyuarat Pasukan Latihan Daerah

27 Mei (Rabu). Satu mesyuarat PLD telah dijalankan bertempat di SK Ulu Yam Baru. Mesyuarat tersebut diadakan khas untuk membincang dan menyelaraskan tugasan program lencana bagi PKK yang akan dijalankan pada 19-21 Jun bertempat di SKUYB. Terima kasih diucapkan kepada pentadbir SKUYB kerana telah sudi menjadi 'venue' bagi mesyuarat dan perkhemahan lencana PKK Husel. Syabas diucapkan.

Monday, May 25, 2009

Karnival Program Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum JPNS

25 Mei (Isnin) Scout Tabura-52husel telah menghantar 4 orang PM (Wanita) berserta 4 orang Pandu Puteri menyertai Karnival Program Pendidikan Luar Peringkat Negeri Selangor yang di adakan di Pusat Kokurikulum Kuala Selangor (SK Seri Gambut, Tg Karang). Pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang dan program tersebut akan berlangsung sehingga 28 Mei. Diharapkan ahli scout Tabura-52husel dan Pandu Puteri yang menyertai program tersebut akan mendapat pengalaman yang berguna dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan di SMK Tabura.

Sunday, May 10, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Jambori Melaka Negeri Selangor

Sabtu 9 Mei, Mesyuarat Jawatankuasa Jambori Melaka bagi kontinjen Selangor telah dijalankan di Dewan Al-Farabi SMK Taman Bunga Raya (1). Mesyuarat tersebut merupakan persediaan terakhir kontinjen Selangor sebelum Jambori Melaka pada 30 Mei sehingga 4 Jun nanti. Dalam majlis tersebut juga dijalankan penyampaian watikan pelantikan DC dan ADC Hulu Selangor serta penyampaian manikayu 2 bead kepada: 1-En Che Zainudin Che Mohd Noor, 2-Pn Maziran Mustafa Kama, 3-En Suhaini Samsudin, 4-Pn Halezza Ibrahim, dan 5-Pn Siti Zanariah. Terima kasih atas kehadiran Tn Hj Ishak Joned, Tn Hj Rahmat Jaafar, En Md Arif, dan semua hadirin ke SMK Tabura (52husel). Syabas kepada PLD Husel yang telah menerima manikayu masing-masing dan diharapkan dapat menggerakan PPM Husel untuk terus cemerlang.

Saturday, May 9, 2009

Khidmat Bakti

9 Mei 2009 (Sabtu), 10 orang ahli (5L+5P) 52husel telah berkhidmat sebagai pembantu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kontinjen Selangor ke Jambori Melaka. Mesyuarat tersebut telah dihadiri Tn Hj Ishak Joned, Tn Hj Rahmat Jaafar, En Md Arif dan pesurujaya serta pemimpin-pemimpin pengakap dari daerah-daerah dalam negeri Selangor. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Al-Farabi, SMK Taman Bunga Raya (1). Syabas kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat bakti pada majlis tersebut.

Wednesday, May 6, 2009

Aktiviti Hari Rabu

6 Mei 2009, Perjumpaan mingguan dijalankan dengan membuat gejet. Ahli diajarkan cara-cara menggunakan ikatan dan simpulan seperti simpul manuk, lilit balak, lilit kacang, dan ikatan serong serta silang tungku. Pada aktiviti tersebut ahli-ahli diberi peluang membuat gejet 'tripod' sebagai mengaplikasikan simpulan dan ikatan yang dipelajari. Terima kasih kepad guru pemimpin Pn Norfazleena, Pn Fauziah dan Pn Ruzaini kerana memantau aktiviti pada hari tersebut.

Thursday, April 30, 2009

Kursus Manikayu Penerangan

30 April, Satu Kursus Penerangan telah dijalankan bertempat di SMK Sg Choh. Guru pemimpin 52husel iaitu Pn Norzakiah dan Pn Chan turut serta dalam kursus yang dihadiri oleh 32 orang guru dari sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada urus setia dan jurulatih yang menyampaikan ilmu kepengakapan dalam kursus tersebut. Semoga pengakap HUSEL akan terus maju.

Saturday, April 25, 2009

Perhimpunan Raksasa 100 Tahun PPM

25 April (Sabtu) Seramai 11 ahli 52husel (4L+7P) telah turut serta dalam program tersebut yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Mereka beserta dengan 70 orang ahli PPM Husel dan 11 orang pemimpin telah berada di sana dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin (TPM) . Turut serta Tun Abdullah Ahmad Badawi (Presiden Kehormat), Dato Sabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), Dato Seri Shafie Salleh (KPN) dan beberapa orang kenamaan lain. Tahniah kepada ahli 52husel dan PPM Husel kerana telah menyertai program tersebut yang diadakan hanya pada 100 tahun sekali.

Thursday, April 23, 2009

Aktiviti Lencana Berbasikal

22 April (Rabu) Seramai 10 orang PM (5L+5P) ahli 52husel telah menyertai aktiviti Lencana Berbasikal anjuran PLD Husel yang dijalankan di SMK Kuala Kubu Bharu. Dalam aktiviti tersebut para peserta telah mengikuti amali berbasikal, isyarat lalulintas, penyelengaraan basikal, dan mendekati masyarakat sekeliling untuk mendapatkan maklumat berkaitan sejarah setempat. Para pseserta juga dikehendaki mendapatkan maklumat di beberapa lokasi seperti di pejabat pos, kem tentera, masjid, dan ibu pejabat polis daerah. Aktiviti berakhir pada jam 5.00 petang, dan ucapan terima kasih kepada PPD Husel, pasukan polis trafik serta semua ahli PLD yang telah menjayakan program tersebut.

Tuesday, April 21, 2009

Roti Lilit

Sabtu (18 April) Aktiviti menghidupkan api dan memasak roti lilit dijalankan khas untuk ahli-ahli tingkatan1. Seramai 30 orang ahli terlibat dibantu oleh 15 orang ahli pengakap tingkatan 2. Aktiviti dijalankan di perkarangan kantin sekolah. Terima kasih atas kehadiran pemimpin En Ahmad Nasir dan Pn Dewi yang memantau aktiviti yang dijalankan pada pagi tersebut.

Monday, April 20, 2009

Perjumpaan Hari Rabu

15 April, Perjumpaan unit beruniform seperti biasa diadakan di kantin sekolah. Ativiti yang dibuat adalah simpulan dan ikatan. Ahli-ahli 52husel yang senior mengajarkan ahli-ahli yang baru berkaitan simpulan seperti buku sila. bunga geti, tindih kasih dan lain-lain. Terima kasih kepada pemimpin yang hadir; Pn Chan dan Pn Norzakiah (sei petang) serta Pn Dayang (sesi pagi).

Saturday, April 4, 2009

Masakan Hutan

4 April 2009 (Sabtu), aktiviti maskan hutan dijalankan diperkarangan sekolah mulai 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Menu; nasi dalam buluh, ayam dan ikan panggang. Seramai 43 orang ahli 52husel dan 4 orang Pandu Puteri (jemputan) berjaya menyiapkan masakan hutan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang hadir, termasuk pemimpin En Ahmad Nasir, En Belthazar dan Pn Dayang Norija.

Monday, March 30, 2009

Mesyuarat Pasukan Latihan Daerah (PLD)

Mesyuarat PLD PPM Hulu Selangor telah dijalankan pada 30 Mac 2009 (Isnin) bertempat di SMK Kuala Kubu Bharu. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan aktiviti : 1- Ujian Lencana Berbasikal (PKK+PM) 15 April 2009 - SMK KKB, 2- Program Pengembara (PM) 11-12 Julai 2009 - Fraser Hill. Terima kasih kepada semua PLD yang hadir, dan terima kasih juga kepada En Mohd Fuzi Said (Penyelaras Kokurikulum) PPD Hulu Selangor atas sokongan beliau untuk menjayakan aktiviti ini.

Tuesday, March 17, 2009

Perkhemahan Integrasi Pengakap dan Pandu Puteri

Perkhemahan Integrasi Pengakap dan Pandu Puteri telah dijalankan pada 13 - 15 Mac 2009. Seramai 68 orang ahli baru telah menyertai perkhemahan tersebut dengan dibantu oleh 25 orang 'helpers' yang terdiri daripada ahli-ahli 52husel. Aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran asas pengakap dan kepanduan telah dijalankan bagi membolehkan peserta menerima lencana keahlian. Syabas diucapkan kepada semua peserta, 'helpers' dan guru-guru pemimpin Pengakap dan Pandu Puteri yang telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhemahan tersebut.

Saturday, February 28, 2009

Perbarisan Hari Sukan

27 Februari 2009 (Jumaat), Pasukan 52husel telah menyertai perbarisan Kejohanan Sukan Tahunan SMKTBR1 kali ke-5. Seramai 36 ahli (PM+PR) terlibat mewakili pasukan pengakap dalam acara lintas hormat unit-unit pakaian seragam. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat, semoga akan terus berbakti untuk kemajuan pasukan 52husel dan sekolah.

Friday, February 27, 2009

Mesyuarat PLD dan Perjumpaan Pemimpin

26 Februari 2009 (Khamis). Satu mesyuarat PLD dan perjumpaan dengan pemimpin pasukan pengakap sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor telah dijalankan di SMKTBR1(52husel). Majlis tersebut telah membincangkan program dan aktiviti pengakap daerah Hulu Selangor untuk tahun 2009. Terima kasih atas kehadiran pegawai-pegawai PPD dan juga pemimpin-pemimpin pasukan, dan diharapkan perjalanan program yang dirancang akan berjalan dengan jaya.

Monday, February 23, 2009

Hari Pengasas Pengakap

21 Februari 2009 (Sabtu). Perjumpaan ahli pengakap 52husel diadakan untuk menjalankan aktiviti; 1- mesyuarat majlis ketua patrol, 2- latihan perbasrisan, 3- memperingati Hari Pengasas Pengakap-22 Februari. Aktiviti dimulakan dengan istiadat bendera dan seterusnya membaca biografi Pengasas Pengakap Lord Baden-Powell of Gilwell. Kemudian sedikit ruang masa untuk mesyuarat majlis ketua patrol. Seterusnya latihan perbarisan sehingga jam 11.00 pagi. Terima kasih kepada ahli yang terlibat.

Sunday, February 15, 2009

Simpulan dan Ikatan

Perjumpaan kali ke-4 pada 14 Februari (Sabtu) lepas telah dijalankan aktiviti kemahiran membuat simpulan dan ikatan. Beberapa simpulan seperti buku sila, bunga geti, simpul manuk dan tindih kasih telah diajarkan oleh ketua-ketua patrol kepada ahli-ahli baru. Latihan perbarisan turut dijalankan sebagai persiapan untuk aktiviti pada hari sukan nanti. Syabas kepada ahli-ahli yang hadir.

Sunday, February 8, 2009

Khidmat Masyarakat - Gotong - royong

7 Februari 2009 (Sabtu) Aktiviti gotong-royong telah dijalankan sebagai persiapan untuk lawatan pengarah JPS ke SMKTBR. Aktiviti telah berlangsung pada jam 8.00 sehingga 10.30 pagi. Pasukan pengakap 52husel telah ditugaskan menceriakan kawasan hadapan sekolah. Sebahagian ahli terlibat dalam tugas membersih dan menceriakan kelas masing-masing. Terima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut.

Saturday, January 31, 2009

Perjumpaan Kedua - Latihan Asas Perbarisan

31 Januari (Sabtu), perjumpaan rasmi kali ke-2 dijalankan dan latihan asas perbarisan diadakan sebagai persiapan pasukan pengakap untuk mengambil bahagian dalam lintas hormat dalam temasya kejohanan olahraga SMKTBR(1) pada 28 Februari nanti. Selain itu ruang yang ada diisi dengan latihan Lagu Pengakap Malaysia dan juga lagu-lagu pengakap yang sering dinyanyikan semasa perkhemahan. Syabas kepada semua ahli 52husel yang hadir, semoga akan terus merasai keseronokan berPENGAKAP.

Sunday, January 25, 2009

Perjumpaan Pertama 2009

24 Januari (Sabtu), Perjumpaan kali pertama bagi tahun 2009 dijalankan di Dataram Perhimpunan. Seramai 85 orang ahli PM+PR (60L+25P)telah hadir pada pagi itu. Upacara menaikan bendera dijalankan dengan tunjuk ajar oleh En Ahmad Nasir Mohd Salleh. Ahli-ahli pengakap yang baru diagih-agihkan kepada beberapa patrol baru, dan ahli-ahli yang lama terus kekal dalam patrol masing-masing. Semoga kehadiran ahli akan bertambah dalam minggu-minggu akan datang terutamanya apabila aktiviti kemahiran pengakap dijalankan.

Tuesday, January 20, 2009

Perhimpunan Rasmi Bulanan Unit Beruniform

19 Januari (Isnin) Pasukan Pengakap 52husel telah diberi penghormatan untuk menguruskan Majlis Perimpunan Rasmi Bulanan Unit Beruniform yang pertama kali diadakan. Majlis perhimpunan tersebut telah dijalankan mengikut istiadat Pengakap sepenuhnya. Seramai 48 orang (30L+18P) ahli pengakap telah berjaya melaksanakan istiadat perhimpunan pagi dan menaikan bendera dengan jayanya. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat, diharap akan dapat mempertingkatkan usaha untuk menjadi ahli pengakap yang berwibawa. Kepada ahli-ali yang lain diharap bersedia untuk mengambil giliran bagi menguruskan majlis yang sama pada masa akan datang. "Buat habis baik".

Penyampaian Sijil JAJ2008 dan Kursus Pengurusan Kokurikulum

Isnin 12 Januari (Isnin) penyampaian sijil JAJ 2008 telah dijalankan dalam majlis perhimpunan rasmi mingguan. Seramai 3 orang (2L+1P) PM telah menerima sijil masing-masing, manakala 2 orang lagi bersekolah di sesi petang. Terima kasih kepada Pn Pengetua yang telah sudi menyampaikan sijil-sijil tersebut. 17 Januari (Sabtu) tiga orang (2L+1P) AJk Pasukan Pengakap 52husel telah mengikuti Kursus Sehari Pengurusan Kokurikulum yang dijalankan di Dewan Bunga Raya. Disamping itu, seramai 10 orang (5L+5P) lagi ahli Pengakap turut serta dalam kursus tersebut mewakili unit kokurikulum masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan, semoga ilmu yang diperolehi akan dapat membantu pemimpin menguruskan Pasukan Pengakap 52husel.

Tuesday, January 13, 2009

Pendaftaran Unit Kokurikulum & Khidmat Sukarela PMIP

Pada 7 Januari (Rabu) pendaftaran unit-unit kokurikulum telah dijalankan untuk tahun 2009. Seramai 125 orang (sesi pagi) dan 120 (sesi petang) orang murid telah mendaftar sebagai ahli pengakap 52husel (lama+baru). Diharapkan semua ahli yang telah mendaftar diri akan hadir dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam minggu yang sama; pada 10 Januari (Sabtu) seramai 11 orang PM (7L+4P) telah bertugas sebagai 'helpers' dalam program Majlis Ikrar Pelajar yang telah dijalankan di SMKTBR(1). Terima kasih atas bantuan dan khidmat yang diberikan.