Friday, November 21, 2008

Pulang daripada JAJ2008

Selesai sudah JAJ2008: 20 November jam 5.3o petang 5 ahli pengakap 52husel telah pulang dengan selamat. Riuh-rendah cerita mereka tentang keseronokan menyertai jambori, dan tidak ketinggalan memperlihatkan lencana dan 'souvenir' yang dibawa pulang daripada JAJ.

Monday, November 17, 2008

Seketika di Jambori Antarabangsa Johor (JAJ) 2008

16 November 2008 (Sabtu). Satu kunjungan telah dibuat ke JAJ 2008 untuk melawat dan memberi sokongan kepada kontinjen negeri Selangor (dan Hulu Selangor). Syabas kepada semua ahli pengakap yang menyertai JAJ 2008. Semoga dapat mengukuhkan persaudaraan pengakap di antara kita. Mohon maaf kepada 'admin-admin' blog yang berada di sana kerana tidak berkesempatan berkenal mesra. Insyaallah ada ruang dan masa kita akan berjumpa juga.

Saturday, November 15, 2008

Kontinjen Hulu Selangor ke JAJ2008

14 November, jam 3.00 petang, bas membawa peserta jambori kontinjen Hulu Selangor bertolak ke Tg Labuh. Lima orang ahli pengakap muda 52husel (4L+1P) turut serta dalam program tersebut. Berkumpul di SMK Sg Choh, dengan peserta SMK Sg Choh dan SMK Bdr Sg Buaya. Bas tiba daripada Kuala Kubu Bharu di perhentian bas SMK Sg Choh dan bertolak 10 minit kemudian. Seramai 40 orang (36 ahli + 4 pemimpin) menyertai kontinjen negeri Selangor ke Tg Labuh, Batu Pahat, Johor.

Thursday, November 13, 2008

Penyampaian Lencana Kemajuan/Kemahiran

10 Oktober 2008 (Isnin) jam 2.00 petang, satu majlis istiadat penyampaian lencana kemajuan: usaha dan maju, telah dijalankan di Anjung Bunga Raya. Seramai 20 orang ahli pengakap muda telah layak menerima lencana kemajuan dan lencana kemahiran masing-masing (5 maju dan 15 usaha). Sijil dan lencana telah disampaikan oleh En Ahmad Nasir Mohd Salleh yang mewakili tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapakan kepada semua penerima sijil dan lencana. Ahli-ahli lain diharapkan terus berusaha untuk mendapatkan lencana-lencana kemajuan pada tahun hadapan. 

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Kempori Hulu Selangor

Pada 10 Oktober 2008 (Isnin), satu majlis penyampaian sijil kempori telah dijalankan dalam perhimpunan mingguan. Para pelajar yang menyertai kempori tersebut telah menerima sijil daripada En Azhar Hassan (PK Kokurikulum) dan Pn Norziah Itnin (Penyelia Petang) mengikut sesi persekolahan masing-masing. Dalam majlis yang ringkas tersebut, kedua-dua guru penolong kanan tersebut telah berpesan supaya ahli pengakap terus bergiat aktif dalam kokurikulum, dan turut mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Kem RIMUP

Pada 7-8 November (Jumaat & Sabtu), 10 orang ahli pengakap telah berkhimat secara sukarela untuk bertugas sebagai 'helpers' sepanjang kem tersebut berlangsung. Syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat, dan diharapkan budaya suka membantu ini akan terus dipupuk dalam kalangan ahli-ahli pengakap sebagi satu khidmat masyarakat. Terima kasih juga atas jemputan oleh pihak unit kokurikulum untuk tugas-tugas tersebut.

Wednesday, November 5, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun (Gantian)

Hari Isnin - Rabu (3-5 Oktober), budak-budak pengakap yang menyertai Kempori Hulu Selangor menduduki peperiksaan akhir tahun gantian. Peperiksaan tersebut amat penting kerana markah yang diperolehi akan menentukan kedudukan kelas mereka pada tahun hadapan.  Sebanyak 9 kertas yang perlu mereka duduki kerana tertunda disebabkan 3 hari perkhemahan tersebut. Dalam sibuk menyertai aktiviti kokurikulum, akademik jangan dibaikan. dan sebaiknya pencapaian akademik, dan kokurikulum serta sahsiah diri sama cemerlang dan seimbang.