Saturday, February 28, 2009

Perbarisan Hari Sukan

27 Februari 2009 (Jumaat), Pasukan 52husel telah menyertai perbarisan Kejohanan Sukan Tahunan SMKTBR1 kali ke-5. Seramai 36 ahli (PM+PR) terlibat mewakili pasukan pengakap dalam acara lintas hormat unit-unit pakaian seragam. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat, semoga akan terus berbakti untuk kemajuan pasukan 52husel dan sekolah.

Friday, February 27, 2009

Mesyuarat PLD dan Perjumpaan Pemimpin

26 Februari 2009 (Khamis). Satu mesyuarat PLD dan perjumpaan dengan pemimpin pasukan pengakap sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor telah dijalankan di SMKTBR1(52husel). Majlis tersebut telah membincangkan program dan aktiviti pengakap daerah Hulu Selangor untuk tahun 2009. Terima kasih atas kehadiran pegawai-pegawai PPD dan juga pemimpin-pemimpin pasukan, dan diharapkan perjalanan program yang dirancang akan berjalan dengan jaya.

Monday, February 23, 2009

Hari Pengasas Pengakap

21 Februari 2009 (Sabtu). Perjumpaan ahli pengakap 52husel diadakan untuk menjalankan aktiviti; 1- mesyuarat majlis ketua patrol, 2- latihan perbasrisan, 3- memperingati Hari Pengasas Pengakap-22 Februari. Aktiviti dimulakan dengan istiadat bendera dan seterusnya membaca biografi Pengasas Pengakap Lord Baden-Powell of Gilwell. Kemudian sedikit ruang masa untuk mesyuarat majlis ketua patrol. Seterusnya latihan perbarisan sehingga jam 11.00 pagi. Terima kasih kepada ahli yang terlibat.

Sunday, February 15, 2009

Simpulan dan Ikatan

Perjumpaan kali ke-4 pada 14 Februari (Sabtu) lepas telah dijalankan aktiviti kemahiran membuat simpulan dan ikatan. Beberapa simpulan seperti buku sila, bunga geti, simpul manuk dan tindih kasih telah diajarkan oleh ketua-ketua patrol kepada ahli-ahli baru. Latihan perbarisan turut dijalankan sebagai persiapan untuk aktiviti pada hari sukan nanti. Syabas kepada ahli-ahli yang hadir.

Sunday, February 8, 2009

Khidmat Masyarakat - Gotong - royong

7 Februari 2009 (Sabtu) Aktiviti gotong-royong telah dijalankan sebagai persiapan untuk lawatan pengarah JPS ke SMKTBR. Aktiviti telah berlangsung pada jam 8.00 sehingga 10.30 pagi. Pasukan pengakap 52husel telah ditugaskan menceriakan kawasan hadapan sekolah. Sebahagian ahli terlibat dalam tugas membersih dan menceriakan kelas masing-masing. Terima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut.