Thursday, April 30, 2009

Kursus Manikayu Penerangan

30 April, Satu Kursus Penerangan telah dijalankan bertempat di SMK Sg Choh. Guru pemimpin 52husel iaitu Pn Norzakiah dan Pn Chan turut serta dalam kursus yang dihadiri oleh 32 orang guru dari sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Selangor. Tahniah dan terima kasih kepada urus setia dan jurulatih yang menyampaikan ilmu kepengakapan dalam kursus tersebut. Semoga pengakap HUSEL akan terus maju.

Saturday, April 25, 2009

Perhimpunan Raksasa 100 Tahun PPM

25 April (Sabtu) Seramai 11 ahli 52husel (4L+7P) telah turut serta dalam program tersebut yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Mereka beserta dengan 70 orang ahli PPM Husel dan 11 orang pemimpin telah berada di sana dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin (TPM) . Turut serta Tun Abdullah Ahmad Badawi (Presiden Kehormat), Dato Sabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), Dato Seri Shafie Salleh (KPN) dan beberapa orang kenamaan lain. Tahniah kepada ahli 52husel dan PPM Husel kerana telah menyertai program tersebut yang diadakan hanya pada 100 tahun sekali.

Thursday, April 23, 2009

Aktiviti Lencana Berbasikal

22 April (Rabu) Seramai 10 orang PM (5L+5P) ahli 52husel telah menyertai aktiviti Lencana Berbasikal anjuran PLD Husel yang dijalankan di SMK Kuala Kubu Bharu. Dalam aktiviti tersebut para peserta telah mengikuti amali berbasikal, isyarat lalulintas, penyelengaraan basikal, dan mendekati masyarakat sekeliling untuk mendapatkan maklumat berkaitan sejarah setempat. Para pseserta juga dikehendaki mendapatkan maklumat di beberapa lokasi seperti di pejabat pos, kem tentera, masjid, dan ibu pejabat polis daerah. Aktiviti berakhir pada jam 5.00 petang, dan ucapan terima kasih kepada PPD Husel, pasukan polis trafik serta semua ahli PLD yang telah menjayakan program tersebut.

Tuesday, April 21, 2009

Roti Lilit

Sabtu (18 April) Aktiviti menghidupkan api dan memasak roti lilit dijalankan khas untuk ahli-ahli tingkatan1. Seramai 30 orang ahli terlibat dibantu oleh 15 orang ahli pengakap tingkatan 2. Aktiviti dijalankan di perkarangan kantin sekolah. Terima kasih atas kehadiran pemimpin En Ahmad Nasir dan Pn Dewi yang memantau aktiviti yang dijalankan pada pagi tersebut.

Monday, April 20, 2009

Perjumpaan Hari Rabu

15 April, Perjumpaan unit beruniform seperti biasa diadakan di kantin sekolah. Ativiti yang dibuat adalah simpulan dan ikatan. Ahli-ahli 52husel yang senior mengajarkan ahli-ahli yang baru berkaitan simpulan seperti buku sila. bunga geti, tindih kasih dan lain-lain. Terima kasih kepada pemimpin yang hadir; Pn Chan dan Pn Norzakiah (sei petang) serta Pn Dayang (sesi pagi).

Saturday, April 4, 2009

Masakan Hutan

4 April 2009 (Sabtu), aktiviti maskan hutan dijalankan diperkarangan sekolah mulai 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Menu; nasi dalam buluh, ayam dan ikan panggang. Seramai 43 orang ahli 52husel dan 4 orang Pandu Puteri (jemputan) berjaya menyiapkan masakan hutan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang hadir, termasuk pemimpin En Ahmad Nasir, En Belthazar dan Pn Dayang Norija.