Monday, May 25, 2009

Karnival Program Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum JPNS

25 Mei (Isnin) Scout Tabura-52husel telah menghantar 4 orang PM (Wanita) berserta 4 orang Pandu Puteri menyertai Karnival Program Pendidikan Luar Peringkat Negeri Selangor yang di adakan di Pusat Kokurikulum Kuala Selangor (SK Seri Gambut, Tg Karang). Pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang dan program tersebut akan berlangsung sehingga 28 Mei. Diharapkan ahli scout Tabura-52husel dan Pandu Puteri yang menyertai program tersebut akan mendapat pengalaman yang berguna dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan di SMK Tabura.

Sunday, May 10, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Jambori Melaka Negeri Selangor

Sabtu 9 Mei, Mesyuarat Jawatankuasa Jambori Melaka bagi kontinjen Selangor telah dijalankan di Dewan Al-Farabi SMK Taman Bunga Raya (1). Mesyuarat tersebut merupakan persediaan terakhir kontinjen Selangor sebelum Jambori Melaka pada 30 Mei sehingga 4 Jun nanti. Dalam majlis tersebut juga dijalankan penyampaian watikan pelantikan DC dan ADC Hulu Selangor serta penyampaian manikayu 2 bead kepada: 1-En Che Zainudin Che Mohd Noor, 2-Pn Maziran Mustafa Kama, 3-En Suhaini Samsudin, 4-Pn Halezza Ibrahim, dan 5-Pn Siti Zanariah. Terima kasih atas kehadiran Tn Hj Ishak Joned, Tn Hj Rahmat Jaafar, En Md Arif, dan semua hadirin ke SMK Tabura (52husel). Syabas kepada PLD Husel yang telah menerima manikayu masing-masing dan diharapkan dapat menggerakan PPM Husel untuk terus cemerlang.

Saturday, May 9, 2009

Khidmat Bakti

9 Mei 2009 (Sabtu), 10 orang ahli (5L+5P) 52husel telah berkhidmat sebagai pembantu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kontinjen Selangor ke Jambori Melaka. Mesyuarat tersebut telah dihadiri Tn Hj Ishak Joned, Tn Hj Rahmat Jaafar, En Md Arif dan pesurujaya serta pemimpin-pemimpin pengakap dari daerah-daerah dalam negeri Selangor. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Al-Farabi, SMK Taman Bunga Raya (1). Syabas kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat bakti pada majlis tersebut.

Wednesday, May 6, 2009

Aktiviti Hari Rabu

6 Mei 2009, Perjumpaan mingguan dijalankan dengan membuat gejet. Ahli diajarkan cara-cara menggunakan ikatan dan simpulan seperti simpul manuk, lilit balak, lilit kacang, dan ikatan serong serta silang tungku. Pada aktiviti tersebut ahli-ahli diberi peluang membuat gejet 'tripod' sebagai mengaplikasikan simpulan dan ikatan yang dipelajari. Terima kasih kepad guru pemimpin Pn Norfazleena, Pn Fauziah dan Pn Ruzaini kerana memantau aktiviti pada hari tersebut.