Saturday, June 20, 2009

Lencana Ahli Perhutanan

20 Jun (Sabtu); Lanjutan daripada kajian lapangan di FRIM tempohari, satu aktiviti untuk Lencana Ahli Perhutanan dijalankan ; 1-Mengetahui cara memilih kapak, menjaga dan mengetahui peraturan keselamatan berkenaan mengguna dan menyimpan kapak. 2- Menebang sebatang pokok , memotong dahan dan ranting serta menyusun dengan kemas potongan kayu. Seramai 20 orang ahli yang hadir dalam aktiviti yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari bertempat di padang sekolah.

Friday, June 19, 2009

Wakil Taburascout ke Jambori Melaka

Taburascout telah menghantar 2 orang wakil ke Jambori Melaka pada 30 Mei - 04 Jun yang lalu. Syabas diucapkan kepada; 1- Shahmil Iqram (PR), dan 2- Khairul Nizarudin (PM) kerana telah menyertai kontinjen Selangor ke jambori tersebut. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama-sama rakan di 52husel. Kepada ahli-ahli 52husel yang lain, harap bersedia bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang sedemikian pada masa akan datang.

Wednesday, June 17, 2009

Perjumpaan Taburascout - Hari Rabu

17 Jun 2009 (Rabu), Aktiviti mingguan bermula dengan latihan memasang dan menurunkan khemah. Pada awal perjumpaan istiadat bendera dijalankan, dan selepas itu menyalin nota berkaitan dengan memasang khemah dan sterusnya ahli-ahli diajarkan cara memasang khemah oleh ketua-ketua patrol. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah ahli pasukan Pandu Puteri dan Kadet Bomba. Terima kasih kepada Pn Chan yang hadir untuk memantau aktiviti pada hari ini.

Thursday, June 4, 2009

Kembara Hutan di FRIM

Pada 31 Mei (Ahad) seramai 40 orang ahli taburascout-52husel telah mengikuti satu program kembara di Hutan FRIM. Dalam aktiviti tersebut para peserta telah menjalankan aktiviti 1- kembara hutan 2- kajian tumbuhan 3-'canopy walk'. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada kemahiran untuk mendapat lencana ahli perhutanan. Terima kasih kepada pihak FRIM atas kesudian menerima lawatan daripada taburascout-52husel.

Monday, June 1, 2009

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor


30 Mei (Sabtu) bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor. Taburascout telah menghantar 4 orang (2L+2P) ahli untuk menyertai kontinjen Belia Hulu Selangor ke majlis tersebut. Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek telah hadir bagi merasmikan program yang dijalankan pada hari itu.

Mesyuarat Pasukan Latihan Daerah

27 Mei (Rabu). Satu mesyuarat PLD telah dijalankan bertempat di SK Ulu Yam Baru. Mesyuarat tersebut diadakan khas untuk membincang dan menyelaraskan tugasan program lencana bagi PKK yang akan dijalankan pada 19-21 Jun bertempat di SKUYB. Terima kasih diucapkan kepada pentadbir SKUYB kerana telah sudi menjadi 'venue' bagi mesyuarat dan perkhemahan lencana PKK Husel. Syabas diucapkan.