Monday, December 8, 2008

Imbauan Aktiviti Sepanjang 2008

Sepanjang tahun 2008 selain akviti mingguan, beberapa aktiviti besar di peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan telah disertai oleh ahli pengakap 52husel.


Bermula dengan Kursus Ketua Patrol yang dijalankan di SK Seri Keledang, Slim River. Dalam aktiviti tersebut empat (2L+2P) orang ahli pengakap muda telah menyertai kursus sepanjang dua hari satu malam tersebut. Seterusnya seramai 12 (8L+4P) orang pengakap muda telah menyertai Kempori Pengakap Negeri Selangor yang dijalankan di SK Puncak Alam pada 24 - 27 Julai. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti peringkat negeri yang pertama yang disertai oleh 52husel sepanjang penubuhannya.

Seterusnya pada 9-10 Julai, sekali lagi bertempat di SK Seri Keledang, seramai 10 (6L+4P)orang pengakap muda 52husel menyertai Perkhemahan Kembara Hulu Selangor yang bermula di Slim River dan berakhir di SK Seri Keledang. Bagi memberi ruang dan pengalaman berkhemah kepada lebih ramai ahli pengakap, pada 13-15 Julai, satu perkhemahan peringkat sekolah telah dijalankan. Kehadiran para peserta amat menggalakan (73 orang peserta+10 helpers+10 kelana+10 guru) telh hadir, dan aktiviti telah berjalan dengan jayanya.


Pada 25-27 Julai, empat (4P) orang pengakap muda telah menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita Negeri Selangor yang dijalankan di Pusat KoKurikulum Negeri, Kem Sg Tekali, Hulu Langat. Dalam bulan Ogos pula, 20 orang pengakap muda (13L+7P) berpeluang menyertai Majlis Pelancaran Setem 100 tahun PPPM yang bertempat di rumah BP, Jln Hang Jebat, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut Ketua Pengakap Negara telah sudi untuk merakam gambar kenangan bersama kontinjen Hulu Selangor(+52husel).



Aktiviti seterusnya adalah Kempori Hulu Selangor pada 21-23 Oktober, seramai 37 (27L+10P) orang pengakap muda telah turut serta bertempat di Rock Eco Resort Hulu Yam Bharu. Dan, untuk penutup aktiviti tahun 2008, seramai lima (4L+1P) orang pengakap muda telah menyertai kontinjen Negeri Selangor menyertaiJambori Antarabangsa Johor yang dijalankan di Kem Jubli Intan, Tg Labuh, Batu Pahat, Johor.

Secara umumnya pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang telah disertai dan dijayakan oleh ahli pengakap 52husel, dan pada tahun hadapan diharapkan akan dapat meningkatkan lagi aktiviti untuk penglibatan ahli yang lebih ramai. Insyaallah...


No comments: