Saturday, January 31, 2009

Perjumpaan Kedua - Latihan Asas Perbarisan

31 Januari (Sabtu), perjumpaan rasmi kali ke-2 dijalankan dan latihan asas perbarisan diadakan sebagai persiapan pasukan pengakap untuk mengambil bahagian dalam lintas hormat dalam temasya kejohanan olahraga SMKTBR(1) pada 28 Februari nanti. Selain itu ruang yang ada diisi dengan latihan Lagu Pengakap Malaysia dan juga lagu-lagu pengakap yang sering dinyanyikan semasa perkhemahan. Syabas kepada semua ahli 52husel yang hadir, semoga akan terus merasai keseronokan berPENGAKAP.

Sunday, January 25, 2009

Perjumpaan Pertama 2009

24 Januari (Sabtu), Perjumpaan kali pertama bagi tahun 2009 dijalankan di Dataram Perhimpunan. Seramai 85 orang ahli PM+PR (60L+25P)telah hadir pada pagi itu. Upacara menaikan bendera dijalankan dengan tunjuk ajar oleh En Ahmad Nasir Mohd Salleh. Ahli-ahli pengakap yang baru diagih-agihkan kepada beberapa patrol baru, dan ahli-ahli yang lama terus kekal dalam patrol masing-masing. Semoga kehadiran ahli akan bertambah dalam minggu-minggu akan datang terutamanya apabila aktiviti kemahiran pengakap dijalankan.

Tuesday, January 20, 2009

Perhimpunan Rasmi Bulanan Unit Beruniform

19 Januari (Isnin) Pasukan Pengakap 52husel telah diberi penghormatan untuk menguruskan Majlis Perimpunan Rasmi Bulanan Unit Beruniform yang pertama kali diadakan. Majlis perhimpunan tersebut telah dijalankan mengikut istiadat Pengakap sepenuhnya. Seramai 48 orang (30L+18P) ahli pengakap telah berjaya melaksanakan istiadat perhimpunan pagi dan menaikan bendera dengan jayanya. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat, diharap akan dapat mempertingkatkan usaha untuk menjadi ahli pengakap yang berwibawa. Kepada ahli-ali yang lain diharap bersedia untuk mengambil giliran bagi menguruskan majlis yang sama pada masa akan datang. "Buat habis baik".

Penyampaian Sijil JAJ2008 dan Kursus Pengurusan Kokurikulum

Isnin 12 Januari (Isnin) penyampaian sijil JAJ 2008 telah dijalankan dalam majlis perhimpunan rasmi mingguan. Seramai 3 orang (2L+1P) PM telah menerima sijil masing-masing, manakala 2 orang lagi bersekolah di sesi petang. Terima kasih kepada Pn Pengetua yang telah sudi menyampaikan sijil-sijil tersebut. 17 Januari (Sabtu) tiga orang (2L+1P) AJk Pasukan Pengakap 52husel telah mengikuti Kursus Sehari Pengurusan Kokurikulum yang dijalankan di Dewan Bunga Raya. Disamping itu, seramai 10 orang (5L+5P) lagi ahli Pengakap turut serta dalam kursus tersebut mewakili unit kokurikulum masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan, semoga ilmu yang diperolehi akan dapat membantu pemimpin menguruskan Pasukan Pengakap 52husel.

Tuesday, January 13, 2009

Pendaftaran Unit Kokurikulum & Khidmat Sukarela PMIP

Pada 7 Januari (Rabu) pendaftaran unit-unit kokurikulum telah dijalankan untuk tahun 2009. Seramai 125 orang (sesi pagi) dan 120 (sesi petang) orang murid telah mendaftar sebagai ahli pengakap 52husel (lama+baru). Diharapkan semua ahli yang telah mendaftar diri akan hadir dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam minggu yang sama; pada 10 Januari (Sabtu) seramai 11 orang PM (7L+4P) telah bertugas sebagai 'helpers' dalam program Majlis Ikrar Pelajar yang telah dijalankan di SMKTBR(1). Terima kasih atas bantuan dan khidmat yang diberikan.